-->

8 Apr 2017

Minggu 8 MLM2017 - Nice Tersingkir

Kumpulan Nice Tersingkir Di Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2017, Bottom Three, Tema MLM2017 minggu 8, Karoot Komedia Bertemakan Peribahasa, Puteh, Joras, Nice, Tauke, Acong, Ropie,
Kumpulan Nice Tersingkir Di Minggu Ke-8 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Selepas Kumpulan Xoxo tersingkir  di minggu ke -7 MLM2017, kali ini giliran kumpulan Nice pula tersingkir di minggu ke-8. Selain kumpulan Nice, Kumpulan Puteh dan Joras juga turut berada di kedudukan Bottom Three. Rasanya ni macam kali pertama nampak kumpulan Joras berada di kedudukan 3 terbawah, tapi itulah nampak sketsa diorang juga kurang menjadi di minggu ini. Kumpulan Nice dianggotai oleh Tauke, Acong dan Ropie sudah beberapa kali berada di kedudukan bottom three, manakala Acong dan Ropie juga telah dipilih sebagai Gempak Man Of The Match untuk minggu lalu dan minggu ini. Tema Maharaja Lawak Mega 2017 untuk minggu kelapan ini juga menarik iaitu Karoot Komedia Yang Bertemakan Peribahasa. Bila dah ada Karoot Komedia tu, pastilah akan ada Sabri Yunus dan Team Dikir Barat yang akan menemani dan membantu peserta dalam sketsa mereka masing - masing. Kelihatan kumpulan Zero dan Kumpulan Shiro yang betul - betul memanfaatkan dan memaksimumkan penglibatan kumpulan Dikir Barat itu dalam sketsa mereka berbanding kumpulan - kumpulan lain dan mereka juga turut mendapat 5 Ha daripada juri. Juri dari Singapura iaitu Najip Ali akhirnya terpaksa ditukar dan digantikan akibat satu kontroversi dan Paknil (Aznil Hj Nawawi) dipilih menjadi juri menggantikan Najip Ali. MLM2017 ada 13 minggu jadi masih ada beberapa minggu lagi sebelum kita ketahui siapa yang akan ke Final MLM2017 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017