-->

3 Apr 2017

Bromance Dalam Drama Korea - Good Manager

Bromance Dalam Drama Korea - Good Manager / Chief Kim, Joon Ho (2 PM), Namgoong Min, Drama Korea, Good Manager, Chief Kim,
Bromance Dalam Drama Korea - Good Manager / Chief Kim

Assalammualaikum..
Drama Korea 20 episod yang bertajuk Good Manager / Chief Kim baru saja habis disiarkan pada 30 Mac 2017 yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Namgoong Min, Lee Joon Ho (2 PM), Nam Sang Mi, Jung Hye Seong, Park Young Gyu, Dong Ha, Kim Won Hae dan ramai lagi. Tak sangka juga Korean Drama Good Manager ini best dan seronok ditonton walaupun jalan ceritanya berkisarkan tentang rasuah, penyalahgunaan kuasa, penindasan pekerja dan isu - isu lain yang berlaku di sebuah syarikat yang dinamakan TQ Company. Banyak sungguh scene - scene kelakar dalam drama ini yang berjaya buatkan aku tergelak juga hehe. Paling unik apabila tiada kisah cinta antara hero dan heroin drama ini, tapi nampaklah watak Seo Yool tu macam sukakan Yoon Ha Kyung dan berkemungkinan mereka akan bercinta juga, ini ditambah lagi ketika di episod akhir, kedua - dua mereka kembali bekerja di Syarikat yang sama.
Bromance Dalam Drama Korea - Good Manager, Namgoong Min, Lee Joon Ho,
Apa pun yang paling best dan menarik dalam drama ni pastilah sebab scene - scene yang kelakar dan juga Bromance antara watak Kim Sung Ryong yang dilakonkan oleh Namgoong Min dan juga watak Seo Yool yang dilakonkan oleh Joon Ho (2 PM). Ramai yang suka tengok Bromance antara Sung Ryong dan Seo Yool dalam drama ini, awalnya diorang ini saling membenci antara satu sama lain sebelum akhirnya bekerjasama dalam satu team untuk menumpaskan Presiden Syarikat TQ Company iaitu Park Hyun Do dan sekutu jahatnya. Hubungan Seo Yool dan Sung Ryong ni memang boleh diibaratkan seperti Love - Hate Relationship gitu. Kelakar sungguh tengok gelagat diorang berdua ini. Sung Ryong ni memang gemar mengusik Seo Yool dengan aksi - aksi cutenyer dan akhirnya membuatkan Seo Yool menyampah, geli dan akhirnya melenting hahaha. Kalau sebelum ini ramai yang suka dengan Bromance antara watak Gong Yoo dan Lee Dong Wook dalam Drama Goblin, tapi Bromance antara Namgoong Min dan Joon Ho juga best dan aku rasa Bromance dalam Drama Good Manager ini lebih banyak. lebih sweet dan lebih giler dari drama Goblin itu hehe.
Korean Drama, Drama Korea, Bromance, Good Manager, Chief Kim, sweet bromance, funny scene, best couple award, KBS Drama Awards 2017,
Di awal episod sampailah ke pertengahan episod drama Korea Good Manager / Chief Kim ini, Kim Sun Ryong memang rasa benci dan nak balas dendam pada Seo Yool yang selalu menghinanya. Lalu Sun Ryong berazam akan sentiasa menjadi penghalang terhadap semua rancangan Seo Yool yang nak mentadbir syarikat itu dengan cara menindas pekerja. Mereka berdua ini akan selalu cabar - mencabar dan bermusuh antara satu sama lain sehinggalah Seo Yool dapat tahu yang pihak atasannya membuat rancangan ingin membunuh Kim Sung Ryong kerana selalu menjadi troublemaker dalam syarikat. Seo Yool telah bertindak menyelamatkan Kim Sung Ryong yang hampir - hampir nak dibunuh dan akhirnya membuatkan K.Sung Ryong terhutang budi pada Seo Yool. Insiden tersebut membuatkan K.Sung Ryong sedar yang Seo Yool tidaklah sejahat yang disangkanya dan dirinya turut menolong Seo Yool ketika Seo Yool ditangkap oleh orang jahat serta membantu mencari jalan membebaskan Seo Yool dari penjara. Lepas kesemua insiden ini, Kim Sung Ryong mula berbaik - baik dan rapat dengan Seo Yool dan turut mengajak Seo Yool untuk join teamnya dalam menjatuhkan Presiden Syarikat yang jahat itu. Seo Yool awalnya menolak tawaran K.S.Ryong tu dan lepas diajak sekali lagi oleh Yoon Ha Kyung, dia akhirnya bersetuju.
Bromance Dalam Drama Korea Good Manager / Chief Kim, Sweet Bromance, Namgoong Min, Lee Joon Ho (2 PM), Lawak, Best Scene, Funny Scene, Qiut Scene, Comel,
Antara scene yang paling aku suka masa Kim Sung Ryong sengaja kiss pipi Seo Yeol untuk buat dia marah sebelum melarikan diri macam dalam GIF (gambar bergerak kat atas tu). Seterusnya scene ketika Seo Yool duduk di rumah Kim Won Hee dan Kim Sung Ryong untuk memikir dan membuat plan / rancangan baru untuk menjatuhkan Presiden Syarikat mereka. Part tak leh blah tu ketika Seo Yool bangun tidur, dia nampak Kim Sun Ryong tengah tidur dekat sebelah dia, kemudian Seo Yool terkejut lalu menjerit. Bila Sung Ryong nampak Seo Yool jadi begitu, makin seronok dia mengusik Seo Yool yang menjerit dan marah - marah tu. Bertambah lawak bila Seo Yool panik dan nak cepat - cepat keluar dari situ dan kemudian pemegang pintu tu boleh tercabut pula, terus dia tak dapat nak turun ke bawah dan menjerit - jerit bila tengok Sung Ryong makin seronok nak kacau dia, seriously lawak giler scene ni, aku rasa scene ini dalam episod 19. Apa pun aku seronok tengok gelagat mereka berdua ni, comel sangat, pastu bila mereka bekerjasama semua kerja jadi mudah dan mereka berjaya membuat Presiden Syarikat tu masuk penjara. Selain mereka berdua ini, gelagat Park Myung Suk yang merupakan anak Presiden Syarikat tu juga best. Aku suka tengok perubahan dia dari bad boy ke good boy lepas dia bekerja di bawah Sung Ryong iaitu di bahagian Accounting.
Poster Drama Good Manager / Chief Kim, Watak Utama Dalam Drama Korea Good Manager, Korean Drama Review By Miss Banu, Senarai Pelakon Drama Korea Good Manager / Chief Kim, Namgoong Min, Lee Joon Ho, Nam Sang Mi, Jung Hye Seong, Kim Won Hae, Park Young Gyu, Dong Ha, Lee Il Hwa,
Selain jalan cerita dan bromance dalam drama ini, aku juga suka ilustrasi kartun / komik di setiap penghujung episod drama ini dan membuatkan drama ini menjadi lebih menarik dan unik. Ini adalah kali pertama aku tengok lakonan Joon Ho (2PM), best juga tengok dia berlakon manakala Namgoong Min sebelum ini memang dah sinonim dengan watak jahat, bila dia bawa watak jahat memang terbaiklah, tak sangka juga dia boleh bawa watak komedi dengan baik sekali. Heroin dalam drama ini tak begitu menonjol tapi aku suka bila watak mereka tidak digambarkan sebagai perempuan yang lemah tapi sebaliknya, bila Yoon Ha Kyung dan Hong Ga Eun turut bersama - sama dalam team Kim Sung Ryong untuk menjatuhkan Park Hyun Do yang jahat tu. Lagu Tema / OST Good Manager ini juga best, sedap di dengar dan sesuai dengan jalan cerita drama ini, siap ada part rap lagi dalam lagu OSTnya. Ending drama ini memang happy ending tapi aku lagi suka kalau Kim Sung Ryong bekerja semula dalam TQ Company tu sebab dia dan Seo Yool memutuskan untuk berhenti dari syarikat tersebut untuk menukar angin dan Seo Yool kembali pada kerja lamanya iaitu menjadi Peguam manakala Sung Ryong pula menguruskan akaun untuk orang lain.
Walaubagaimanapun Seo Yool kembali bekerja di syarikat TQ Company di bawah pengurusan baru manakala Sung Ryong pula diajak untuk bekerjasama dengan pendakwaraya untuk menyamar dan menyiasat kegiatan rasuah yang berlaku di sebuah syarikat. Ikutkan diorang boleh buat Musim Kedua untuk drama ini sebab jalan ceritanya boleh disambung lagi, tapi biasalah drama Korea memang susah nak ada season kedua mahupun seterusnya. Apa pun aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk Korean Drama Good Manager / Chief Kim ini. 

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017