-->

30 Nov 2012

RevieW MaHaRaJa LaWaK MeGa 2012 Minggu ke-2~JOZAN Tetap UnGGuL

Assalammualaikum..
Macam biasa nak buat review minggu ke-2 MLM2012 ni..Minggu kedua dah ada tema yang perlu para peserta mengikutnya iaitu watak2 dalam filem dll..kebanyakan peserta memilih watak2 dari filem2 P.Ramlee..apapun jom tengok review pesembahan para peserta dari pandangan aku..

1)JOZAN
JoZaN Berjaya mendapat undian tertinggi sekali lagi selepas undian ditutup..tahniah diucapkan tahniah juga untuk mereka sebab berjaya memenangi anugerah Shout Awards untuk kategori Best On Screen Chemistry Award dan satu lagi award untuk Zizan..nanti aku buat entry lain pasal kemenangan mereka Di Shout Awards ni..Berbalik pada persembahan mereka di MLM2012, mereka mengambil watak2 dari filem Anakku Sazali dan Bawang Putih Bawang Merah..Zizan jadi bapak Johan jadi anak..lawak juga bila johan salah sebut begitu jadi beritu hahaha comel je sebutan die ;p ada singapura,singa laut, singer menawan keluarga bahagia hehe qiut masa diorang nyanyi lagu hazami tuh haha..masa jadi Bwg Putih ngan Bawang Goreng tu okey gak part last masa johan ckp ada ikan JOSH tuh aku x paham sbnarnya last2 baru dpt tngkap yg ikan JOSH tu rupenyer hidung Zizan hahaha patutla Zizan turun kt bawah tuh smbil dongak atas baru aku faham..rasanya persembahan diorang minggu pertama lebih Best tapi Minggu ke-2 ni boleh laa tahankan..lgipun diorang terutamanya Zizan terkejar-kejar untuk ke Shout Awards yg berlangsung pada masa yang sama..
2) JAMBU
JamBu juga memilih watak dari filem P.Ramlee iaitu filem 3 ABDUL..kreatif gak diorang ni memilih scene yang best dari filem tu untuk dijadikan lawak..Yus jadi macam2 hahaha kesian kepenatan gitu haha..okla best gak JamBu..konsisten..
3)SHIRO
Bagi aku kump SHiRo Best minggu ni dari minggu sebelumnya..Sharol jadi Nasir Bilal Khan penggali kubur haha manakala Ajak jadi mcm rockers kot lau x silap..kononnye mereka ditanah perkuburan..sempat juga diorang memerli kump Balas pasal lawak lucah tuh haha..kemudian dua2 duduk di kerusi dan terus beralih ke filem OmBak Rindu plak semasa scene Maya Karin dan Lisan Surihani tuh part redha dan pasrah..Shahrol siap buat pelat2 R lagi sengaja nk usik Lisa laa tuh hehehe..
4)BOBOI
Diorang memilih watak dri filem James Bond..lawak tuh ada tapi mcm kurang menyengat laa..Nabil pun muncul agak lambat dengan berpakaian ala2 Pontianak..haha kesian kena make up teruk2 ni mesti kes nak promosikan filem Afdlin Shauki iaitu Pontianak Vs Orang Minyak lakonan Nabil dan JoHaN yang tengah ditayangkan dipawagam sekarang..walaubagaimanapun undian mereka masih dalam kelompok ketiga tertinggi.
5)SAYWHO
haha aku memang tak sangka diorang akan ambik watak2 dari filem P.Ramlee jugak iaitu dari filem Seniman Bujang Lapok n kemudian filem AzuRa..ternyata rajin gak diorang ni buat kajian semua..n menghiburkan..
6)BALAS
Minggu kedua nampak perubahan pada kump Balas ni setelah dikritik pelbagai pihak disebabkan lawak double meaning yg dilakukan mereka pada minggu pertama.Untuk minggu kedua memang tiada lawak double meaning dari balas..untuk Minggu ke-3 tak tahula kan kot2 diorang selitkan sikit ke kan..hope tiada lagi lawak double meaning dari balas..Minggu ke-2 Kump Balas tampil dgn pelbagai watak..ada yg jadi Batman,watak dari filem Nur Kasih pun ada dan mcm2 lgi serta ada juga cermin sakti ala2 cerita Snow White..lawak gak masa part cermin sakti pecah tuh haha..
7)R2
R2 menjadi peserta pertama yg membuat persembahan bagi minggu ke-2..mereka mengambil watak2 dari filem KL Gangster dan mendapat pujian juri namun begitu undian mereka masih berada dalam 3 yang terendah..rasanya untuk minggu seterusnya Persembahan R2 kena lebih lawak lgi..
8)SABON
Kump SABON mengambil watak Pak Pandir manakala Sathiya jadi isteri pak pandir..aku tak tahu kenapa aku lebih suka gandingan ABon ngan Mr OS berbanding gandingan Abon ngan Sathiya..sathiya tuh over sgt laa x brp sesuai ngan Abon..n persembahan diorang kurang lawak..hope minggu depan lebih best..
9)The BANDUNG JOKER
Persembahan kump ini juga kurang lawaknya..rasanya mmg x kelakar pun..namun pujian gak utk diorang sebab mengambil watak2 dari filem P.Ramlee juga walaupun diorang x begitu kenal ngan filem2 P.Ramlee sebelum ini..diorang mengambil watak2 dari filem Pendekar Bujang Lapok pastu x silap aku lepas tuh diorang ambik watak dari filem Puteri Gunung Ledang plak..apapun memang kurang lawak..
10)PIMAI
Kumpulan ini mendapat undian terendah sekali selepas undian ditutup..mereka mengambil watak dari filem P.Ramlee juga iaitu dari filem Laksamana DoReMi..rasanya mereka ni lebih kepada bercerita daripada berlawak..memang x lawak sgt..hope minggu depan ada perubahan..n lebih lawak...
11)DaDiDu
Patutnya kalau bertiga lebih senang untuk buat lawak tapi berbeza dgn kumpulan ni..kerana tetap sama spt minggu sebelumnya masih kurang lawak..ada yang jadi Superman, Hulk dan Tok Bomoh lengkap dgn costume..sayangnya masih kurang lawak juga..

~credit pada semua pemilik gambar diatas..jom tgk video JOZAN N SHIRO kt bawah ni..enjoy...


19 ulasan:

  1. Shiro not bad la minggu ni kan..
    saywho pun best juga...

    jozan, pun ok..cuba minggu lepas lagi kelakar rasanya..hihih..

    ini je yg nur sempat tgk..pecaya tak.hihihi..

    BalasPadam
  2. jozan utk minggu 2 ni kureng sikit la miss....lg best minggu 1 yg jadi awie tu...hope minggu 3 jozan kembali bangkit! huhu

    BalasPadam
  3. minggu pertama lg best. ape2 pun jozan tetap the best.

    BalasPadam
  4. Xmenghayati rancgn ni minggu ni.. hehe mcm xberapa best...

    BalasPadam
  5. xda astro..nak tgk kat you tube lah mesti best kan

    BalasPadam
  6. hihih suka tgk jozan shiro n jambu ;-)

    BalasPadam
  7. nyue terlepas je raja lawak cnfrm dtg blog miss banu :))

    BalasPadam
  8. skang ni jd pilihan hati jozan, jambu n shiro

    BalasPadam
  9. cik banu,ekceli yg ikan jaws tu, bnde tu wujud mse zizan n ac mizal sme2 jdy pengacara..xingat kt acara ape,tp ade kt utiub..dya mse tgok,da taw da dowg ckp tntg hdung zizan as ikan jaws...hahahahha

    BalasPadam
  10. Akak tengok jugak malam tue...very lawak jozan...good luck untuk jozan..

    BalasPadam
  11. Paling x thn tgk lawak ikan Kaloi tu hi hi..

    BalasPadam
  12. mengkhinzir buta. hehe. johan johan johan. poyo je. :)

    BalasPadam
  13. Jozan paling lawak kot rasenye minggu ni.tapi shiro pon x kurang hebat nye

    BalasPadam
  14. Jozan paling lawak kot rasenye minggu ni.tapi shiro pon x kurang hebat nye

    BalasPadam
  15. Jozan paling lawak kot rasenye minggu ni.tapi shiro pon x kurang hebat nye

    BalasPadam
  16. Bagi aku jozan paling lawak minggu ni tapi shiro x kurang hebat nye

    BalasPadam
  17. Bagi aku jozan is the best tapi shiro pon boleh tahan gak

    BalasPadam
  18. When someone writes an post he/she retains the thought of a user in his/her mind that how a user can understand it.
    Thus that's why this piece of writing is great. Thanks!
    My web site - bbc football transfer news

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017