-->

31 Mei 2013

Review Running Man Episode 147

Assalammualaikum..
Harap maklum entry ni amat panjang yer..so kalau rajin baca sampai habis, x rajin buat derk jer hihihi
First time buat Review Running Man (RM) ni heehehe..bukan pe episod 147 ni mmg sangat kelakar dari awal sampai akhir..letih gelak ooo..tapi episod2 lain pun tetap kelakar..cuma aku pilih episod yg terlatest nyer jer..dengar cerita Running Man akan datang ke Malaysia 21 September ni, tempat shooting x tahu laa kat mana..entah betul ke tidak tak dapat dipastikan maybe khabar angin ke ape ke. Tunggu dan lihat jerla..Guest untuk episod 147 ni adalah Kim Soo Hyun yang sebelum ni pernah muncul dalam RM episod berapa ntah, ini kali kedua die di RM. Guest kedua adalah Lee Hyun Woo, kedua-dua mereka digelar Flower Boy gitu hehe n diorang ni adalah pelakon n mmg famous..
Terdapat 3 team..
Team Merah- K.Joong Kook, Lee Hyun Woo dan HaHa
Team Biru- K.Soo Hyun, L.Kwang Soo & Jae Suk.
Team Hijau-Gary, Suk Jin & S.Ji Hyo
Game pertama diorang adalah dipadang dan diorang kena berlari dan melepasi halangan yg ada contohnya Lari Berpagar, Lari lalu melepasi jaring dan lain2. Kesemua mereka xde masalah nak lari berpagar semua tu, masalah terbesar diorang adalah tikar ke apa ntah namanyer hehehe, yang bila kita pijak atasnya mmg akan buatkan kaki rasa sakit tapi ianya memang baik untuk kesihatan cuma sakit jerlaa kena lari2 atasnyer. So macam2 gaya larian yg ada, ada yang lari laju, ada yg lari perlahan, ada yang lari sambil menjerit dan macam2 kerenah yang ada..sgt kelakar..
Kalau jatuh memang sakit giler jawabnyer, Tu belum Halangan yang bawah jaring lagi tu..yang tu lagi dasyat sebab kena baring atas tikar yg sakit tu.memang menjerit la jawabnyer..namun akhirnya, setelah percubaan untuk kali ketiga Team Biru telah menang dgn jayanya, Team Merah juga hampir berjaya tapi terlambat beberapa saat. Teruk juga la HaHa tu kena marah dan kena kejar dengan Joong Kook sebab die yg lari paling lambat dalam team Merah lalu buatkan team Marah kalah hehehe..lawak masa ni tgk kerenah Joong Kook dan HaHa tu. Team Hijau pula lawak dgn kerenah Gary yang x habis2 dok usik Ji Hyo. Soo Hyun dari team biru lari sangat laju woo dasyat tul x menjerit pun releks jer..
Game Kedua dekat Kolam Renang gitu, diorang main game Flying Chair (Kerusi Terbang) sorang dari wakil kumpulan ke depan dan main lawan Ozoom dengan wakil kumpulan lain hehe..so kalau kalah dua ahli kumpulan yg duduk atas Flying Chair tu akan terlambung dan masuk dalam kolam renang. Memang lawak masa ni..paling sweet masa Ji Hyo dan Gary yang tertukar topi tu..diorang x sedar topi boleh tertukar hehe sampai ada yg tegur baru diorang perasan pastu malu2 gitu. Gary pulak x habis2 mengusik Ji Hyo siap cakap lagi  "Don't take my hat, take my heart". pastu masa Ji Hyo nak lawan Ozoom dgn So Hyun dari team Biru tu diorang kena tutup belakang diorang dgn tuala, bagi ahli kumpulan yg duduk atas Flying Chair tu x nampak..maka Ji Hyo dgn slumber ambik tuala tu terus selimutkan So Hyun dgn diri die dan akhirnya membuatkan semua terkejut lalu terus mengusik Ji Hyo dan Gary lak jadi cemburu hehe..comel jer part ni..
Part dalam gambar kat atas ni lagi  x boleh blah sgt kelakar, adegan spontan gitu, yg mana Jae Suk nak bagi tuala basah tu kat Kwang Soo yg tgh duduk kat bawah sbb tgh standby nak lawan Ozoom dgn Ji Hyo, so Jae Suk terus baling tuala tu kat belakang Kwang Soo, jadi disebabkan tuala tu terlalu berat dgn air maka Kwang Soo dgn automatiknya terus tertunduk ke lantai, rasanya kepala die terhantuk gak kat lantai tu hehe habis semua org gelak. Pastu HaHa plak dgn slumber cakap kat Kwang Soo yang tuala tu berat sangat ke sampai leh tertunduk gitu, apa lagi Kwang Soo terus bangun dan baling pula tuala tu kat HaHa..terus HaHa yang tengah berdiri tu jatuh telentang membuatkan suasana jadi riuh. Pastu Suk Jin mcm x percaya lalu die plak nak try tuala tu, maka Jae Suk pun baling laa tuala tu ke arah muka Suk Jin dan Suk Jin terus jatuh ke belakang..hehe adoii mmg sangat lawak part ni..

Akhirnya Team Hijau yang menang game ni..tapi akhirnya ada game tambahan plak nak tentukan ahli yang paling lemah dlm game Flying Chair ni so Jae Suk lawan Ozom dgn Kwang So atas kerusi terbang tu dan Kwang So menang. Kemudian ada yg sarankan Kwang Soo bertanding pula dgn Joong Kook dan diorang bersetuju tapi diorang x bertanding saja, Kwang Soo ada letakkan syarat nak tau syarat apa korang kena tgk laa episod ni. Bukan main fokus Kwang Soo masa ni dan akhirnya Joong Kook kalah hehe. Lepas game ni diorang pergi satu tempat macam kawasan perumahan gitu pastu diorang melepak depan supermarket kat situ. Team merah sampai dulu, lalu sempat la diorang beli Ais Krim dan lepak2 depan supermarket. Bila Team Biru dan Team Hijau sampai semua pun suruh team merah belanja diorang makan aiskrim.

Joong Kook dah cakap x nak belanja tapi team Biru dan Team Hijau slumber je terus ambik aiskrim dan makan kat luar supermarket tu tanpa bayar sbb diorang ingat team Merah akan bayar. Joong Kook terus cakap mmg die x kan bayar. Lalu Kwang Soo terpikir satu taktik nak kenakan Joong Kook guna makcik supermarket. Dia terus masuk dalam Supermarket tu lalu suruh Makcik yg owner Supermarket tu gi mintak duit bayaran ais krim diorang kat Joong Kook. Makcik tu terus jer ikut cakap Kwang Soo dan pergi mintak bayaran kat Joong Kook. Part ni mmg sangat kelakar Joong Kook memang terkejut lalu menerangkan kat makcik tu yg die bukan team diorang jadi die x nak bayar, Makcik tu x peduli terus gak mintak duit, last2 pasrah jer Joong Kook lalu die bayar gak..lawak sungguh masa ni. Bila Makcik tuh dah masuk balik dalam Supermarket, Joong Kook terus gi ke arah Kwang Soo konon2 nak marah Kwang Soo laa..heehehe
Nampak tak die dah tarik baju Kwang Soo konon2 nak marah hehe..tapi x sempat nak marah pun sebab Makcik Supermarket tu keluar balik dan buatkan Kwang Soo terus gi sembunyi belakang Makcik Supermarkat tu lalu menyuruh makcik tu ambik gambar J.Kook lalu upload kat mana2 hehehe lawak giler time ni pastu Joong Kook terus peluk makcik tu dan cakap die saje je x de apa pun..haha comel jer.
Team yg lain mmg ketawa jer tgk gelagat Kwang Soo, J.Kook dan makcik supermarket tu..
Lepas dari adegan ngan makcik supermarket tu slumber jer Kwang Soo duduk dekat ngan Joong Kook mcm xde benda jadi hehe sweet gak diorang ni..masa ni diorang tgh tunggu arahan untuk game seterusnyer..
Game seterusnya diorang kena basuh baju pastu sidai baju tu guna kaki..hehe setiap tempat hanya boleh 3 org jer..x leh blah Kwang Soo tetap bersama dgn Joong Kook hehe..diorang kena baling kain/baju tu guna kaki sampai baju tu berada atas ampaian. J.Kook mula dulu dan baju tu hampir2 nak ada atas ampaian dah tapi Kwang Soo kacau die terus tangkap baju tu lalu baling baju tu kat atas..haha giler tul, kerja Kwang Soo memang suka kacau Joong Kook walaupun J.Kook tu garang gak..percubaan kedua J.Kook juga dikacau oleh Kwang Soo tengok jela apa yang Kwang Soo buat kat J.Kook dalam gmbar kt bawah ni heehe.
Berani tul Kwang Soo kacau2 J.Kook hehe tapi seronok tgk diorang ni..Di tempat yang lain Soo Hyun dari team Biru baling baju semua tersangkut atas pokok lawak giler..die baling agak tinggi jadi semua baju tu tersangkut atas pokok..cantik terus pokok tu hhehehe..dan akhirnya Jae Suk dari team biru menang. Game seterusnya diorang main pasal biji tembikai tu..diorang kena ambik tembikai keluarkan biji die lalu letak atas muka dan kembali ke supermarkat tadi dengan pantas, Dua yang terpantas menang game ni. Percubaan pertama Joong Kook hampir berjaya tapi macam biasa dikacau oleh Kwang Soo lalu biji tembikai tuh jatuh dari muka lalu die gagal mng manakala Kwang Soo setelah berjaya mngacau J.Kook die terus lari. Kemudian J.Kook membuat percubaan kedua dan Kwang Soo pun sama. Lalu akhirnya dua2 buat perjanjian x kan mengacau antara satu sama lain sambil berpegangan tangan sama2 menuju ke Supermarket tadi hehe..

Lawak tul dalam gaduh2 diorang ni, ada gak yg sweet2 hehe, akhirnya diorang dua2 yg paling pantas dan sama2 menang untuk game ni..Game seterusnya untuk ahli kumpulan yg belum menang lagi game tersebut ala2 bowling gitu, diorang kena guna stokin sendiri buat bola bowling lalu lontar kat beberapa botol yogurt yang ada, dan game ni dimenangi oleh Hyun Woo dari Team Merah. Game seterusnya adalah game tangkap ayam mmg lawak habis masa ni..Untuk game tangkap ayam ni hanya Soo Hyun, HaHa, Gary dan Ji Hyo yg amik bahagian..Soo Hyun lari paling laju lalu sampai dulu kat tempat ayam, berhempas pulas die menangkap ayam akhirnya dapat jugak, Ji Hyo ada gak kacau2 die bagi die terlepas ayam tu tapi x berjaya. Tak berapa lama pastu Gary pulak dapat tangkap ayam lalu die kembali ke tempat supermarket tu. So hanya tinggal Ji Hyo dan HaHa jer masa ni..kesian HaHa die takut dengan ayam, x dapat nak tangkap ayam, die asyik tanya Ji Hyo mcmmana Ji Hyo tangkap ayam tu.
Last2 Ji Hyo mungkin rasa kesian dengan HaHa lalu die bagi ayam yg die tangkap tu kat HaHa..sweet nyer Ji Hyo, adik tolong abang gitu. HaHa macam x percaya gak Ji Hyo bagi ayam tu kat die last2 HaHa janji akan buat baik dgn Ji Hyo selamanya hehe comel part ni..HaHa pun bawa ayam tu kembali ke Supermarket tadi manakala Ji Hyo plak terus tangkap ayam yg seterusnya. HaHa sempat gtau kawan2 yg lain yg Ji Hyo yang tolong die bagi ayam ni kat die. Ji Hyo sampai paling last dgn tetap membawa ayam hehe Suk Jin sempat suruh Ji Hyo jangan tolong team lain dah hehehe. Akhirnya So Hyun dari Team Biru yg menang game tangkap ayam ni sebab die paling pantas sekali. So Hyun siap peluk ayam tu x lepas dah n cakap nk bagi ayam tu kat mak die..adoii sangat lawak masa ni..dan keseluruhan game ni dimenangi oleh Team Biru.
Final Game adalah game tarik tali 3 penjuru bersama dengan 300 pelajar universiti, setiap team akan ada 100 pelajar. Team Hijau ada kelebihan sebab ada Song Ji Hyo dalam team tu maka dapat tarik ramai pelajar lelaki masuk dalam team Ji Hyo. Team Merah pulak ramai pelajar perempuan gitu jadi diorang memang susah nak menang laa. Team Biru nampak seimbang juga ramai gak pelajar lelaki, perempuan pun ada, First round Team Hijau yang menang, Second round Team Biru yang menang..Final round sape yg menang??jeng jeng jeng...
Memang persaingat sengit antara Team Biru dan Team Hijau di Final Round ni dan akhirnya Team Hijau yang menang...dan membuatkan Team Hijau menang keseluruhannya.

Panjang tak review hehe jenuh menaip ni..hehe disebabkan entry ni agak panjang maka aku kecikkan sikit tulisan huhu sekian..
Read More »

30 Mei 2013

JOZAN Di Minggu Ketujuh RaJa Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah nak masuk minggu ke-8 dah..sekejap jer kan, tak lama lagi dah nak final Raja Lawak dah..x tahulaa musim ni sape yang menang kan..apapun jom usha2 apa yang menarik di minggu ke-7..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-7 RL7
-Pembukaan Minggu ke-7 agak meriah dan sweet disebabkan JOZAN haha..bermula dengan JoHaN yang beberapa kali tersasul lalu Zizan mengambil peluang tu dengan mengusik JoHaN haha comel jer dua2 ni, contohnya Semenakin (Semakin) Senyayunyer(Selalunyer) Zizan siap cakap kt Johan comelnyer die ni..last2 JoHan terus cakap pelat mcm budak2 lalu membuatkan Zizan ketawa.
-Bila masuk bab nak kenalkan para penaja dan radio rasmi JOZAN start mengusik antara satu sama lain bermula dgn Zizan yg perkenalkan dirinya sebagai duta Kit Kat..lalu Johan buat muka sikit sebelum ketawa besar dan buat muka balik haha Zizan dah sengih2, Kemudian masa nak perkenalkan radio rasmi Zizan lak buat2 x nak cakap sebelum buat2 nak muntah haha last2 Zizan cakap kt Johan "Aku suka sangat Mak Jemah" last dua2 pun ketawa sama2..sweet jer..
-Kemudian Johan tersasul lagi nk sebut Facebook jadi Faceboot lak..haha Zizan dah ketawa masa ni tapi x cakap apa2 just ketawa jer. Johan yg try coverline tapi bila tgk Zizan ketawa terus Johan suruh Zizan diam manakala Zizan lak hanya buat isyarat tangan yg bermaksud die x cakap apa2 pun sambil gelak2 n then masa cakap pasal twitter Johan ada cakap mcm ni "kalau nak cakap pasal JOZAN tak payah hashtag okey, everyday trending okey" pastu Zizan terus buat muka comel sambil tgk2 Johan haha pastu Johan tanya Zizan "Kenapa?aku buat semua salah" Zizan dah gelak2 sambil cakap "Aku tak cakap apa pun,cepatlah teruskan"
-Masa JohaN perkenalkan pengkritik tetap iaitu Dato AC Mizal, AC ada tanya kenapa lidah Johan pendek malam ni hahaha kemudian selepas habis AC bercakap Zizan plak cakap kat Johan "Nak pakai lidah jugak.."terus Johan tarik Zizan gi dekat die n buat mcm nk tium Zizan haha terus Zizan elak sampai jatuh terduduk Johan plak cakap "Mengada-ngada betul" haha comel dua2 kembar ni..kalau Johan betul2 tium Zizan mmg trending lagi kt twitter hahaha tapi x kisah mmg semua Jozannerz suka benar tgk JOZAN sweet2 gitu haha..
-Tema minggu ke-7 adalah alam persekolahan 
-Masa AC tengah beri komen pada persembahan kump Tuah, Zizan sempat mencucuk pinggang salah seorang ahli kump Tuah yg melatah tu. Banyak kali gak die melatah hahaha..
-Ketika Kump Sakan nak habiskan sketsa diorang, Zizan pun datang ke depan pentas, kemudian salah sorang kump sakan terus cakap "Cikgu bapak kite datang" pastu sorang lagi cakap kat Zizan "Anak kamu ni teruk sangat ni" Zizan pun jawab "kenapa,yang mana anak kite" pastu salah sorang dari kump sakan cakap "dua2 ni loyar buruk" terus Zizan jawab "Sape mak kau ni" "Hidung jer sama aku x pernah buat anak macam ni,ini bukan anak ini CGI ni okey" terus penonton pon gelak2,,
-Johan bagi pepatah "kata orang kera dihutan disusukan,anak dirumah mati tak makan so apa kena mengena?" terus AC Mizal dan Zizan dah gelak2 dengar pepatah Johan termasuk dgn Johan sekali pun gelak2 jugak..hihi.
-Masa Juri2 tgh beri komen pada persembahan kumpulan Wala, JoZaN sibuk dok kacau2 salah sorang ahli kump Wala yg berbadan sasa tuh..JOZAN dok kacau2 die dgn menumbuk-numbuk, mencuit-cuit badan die hahaha redha dan pasrah jer die menahan apa yg JOZAN buat kat die hehe..
-Dalam sketsa Boy ada gak cite pasal Jozan hehe yg dikatakan suka membuli dirinya..haha
-Ketika JOZAN bersembang-sembang sempat lagi diorang sebut nama2 kereta, paling sweet bila Johan asyik kenakan Zizan pasal kereta Evo 10 tu..sampai nama peserta pun die sebut Evo 10 pastu Johan jelir lidah kat Zizan haha dan Zizan kejar die dari belakang hihi..
-Masa nak perkenalkan kumpulan Okay, JOzan bercakap dalam loghat perak..
-Time JOZAN buat promo tu, Johan ada cakap sambungan filem Bikers Kental adalah Bikers Buntal hahaha..
-Part Penyingkiran mmg sgt best sebab JOZAN ada masa nak bercakap lama2 sikit berbanding minggu2 sebelumnya, jadi banyak laa part2 kelakar dari JOZAN masa penyingkiran ni..

-Setiap kali Johan bercakap masa penyingkiran ni, Zizan dah x boleh control gelak hehe die terus gelak dan gelak haha comel jer, Zizan x leh tahan gelak tgk gelagat JoHan hehe..betullah cakap Zizan yg hanya Johan yg boleh buat die ketawa..nanti kalau Zizan sedih2, letak je Johan sebelah die hehe konform ceria balik kan heehehe..
-Johan cakap-> "ayoyoo2x yang disebut dalam Final Destination" terus Zizan gelak giler pastu die cakap "mana ada india dalam cite tuh" haha terus Johan nak gi menyorok belakang pintu sbb malu hahaha lawak masa ni.
-Akhirnya Kumpulan Tuah yg tersingkir utk minggu ke-7
Rasanya Lepas dari RL7 minggu ke-7 Johan, Zizan & AC gi makan2 di Restoran Riezman Khuzaimi.

P/s-Mesti ade yg heran camne aku leh ingat Dialog2 JoZan tuh semua..sebenarnya aku tengok video balik kat tenet sebab tuh laa leh ada dialog2 tu semua..kalau setakat tengok kat tv memang aku tak ingat semua dialog diorang hehe..


Read More »

Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan kelahiran.


Due Date-29 Jun 2013
Jom Join Ramai2
Tarikh Lahir- 23 ApriL

Read More »

"Segmen Super Follow By HOT MASA KINI"


Jom Join Ramai2..
Salam Perkenalan untuk semua..

Read More »

29 Mei 2013

MeNanGis..

Read More »

28 Mei 2013

Go Far

Read More »

27 Mei 2013

Running Man Best


Assalammualaikum,
Sape layan Running Man kat sini??Running Man ni adalah Korean Variety Show..sekarang ni dah masuk episod 146 dah..aku yang mulanya x berapa minat terus jadi minat lepas tengok beberapa episod Running Man hehehe..Masa semua org sibuk cakap Running Man best..aku pun teringin laa nk tgk apa yg bestnyer..lepas tu try tgk episod pertama..pas habis tengok episod pertama rasa mcm biase jer terus aku tak tgk dah..hehe..Kemudian dapat tahu Lee Dae Hae jadi guest untuk episod 80 lebih gitu dalam RM so aku try tgk sbb aku suka tgk Lee Da Hae dlm drama My Girl tu..so aku tengok sikit..pastu tak tengok dah sbb rasa mcam x best jugak hehe..sampailaa ke episod 100 lebih yg mana guest nyer masa ni adalah Lee Dong Wook Yg hensem tuh yg berlakon gak dalam drama My Girl tu..terus terminat plak dah tengok RM. Berjangkit sudah demam RM..Sejak dari itu aku start tengok episod yg latest2 serta episod2 yg terdahulu mmg sangat best, kelakar n konform akan ketawa punyelah tengok Running Man ni..
Episod 146 (latest)->Hampir2 jer diorang nak menang tapi salah sorang jer leh mng dgn slumber jer tangan Lee.Kwang.Soo dh melekat kat nametag Haha. Kesian Haha terkejut n mcm nk menangis dah hehe apapun L.K.Soo sikit lagi jer nak menang tapi x sempat nk tulis nama die..Ji Hyo dah dtg tngkap die..hehe best2..
Episod 145-antara episod yang best, kesian diorang kena duduk atas kon tu haha..pastu pihak lawan kena teka siapa dikalangan team Running Man (RM) yg duduk atas kerusi bukan Kon..kesian giler menjerit diorang haha Song Ji Hyo releks jer duduk atas tu..yg lain2 mmg nampak seksa..akhirnya pihak lawan kalah sebab salah teka..diorang x sangka Kim Joong Kook yg duduk atas kerusi hehe..
Episod 85-Aku paling suka sekali Kim Joong Kook ngan Lee Kwang Soo hehe suka tgk diorang satu team walaupun diakhirnya mcm2 akan jadi hehe..episod kat atas tu sweet tgk siap berpegang tangan lagi sbb terpaksa, kerana team lawan memilih diorang untuk terikat sentiasa..jadi sepanjang hari mmg mcm tuh jela x leh blah tul berpegangan tangan..member RM yg lain dh usik2 cakap gelilah apalah..diorang mcm malu2 pastu tersengih hehe..K.J.Kook suka marah2 L.K.Soo hehe pastu nanti adalah adegan bergaduh/khianat sesama sendiri hehe. Satu lagi kalau ditanya kat diorang sape yg diorang paling nak singkirkan dulu..semua akan jawab K.J.Kook lah sbb die antara saingan paling kuat dlm RM..banyak episod yg best2.
Song Ji Hyo walaupun perempuan, dia yang paling banyak menang..hehe n bila die mng selalu menang hadiah emas..sampai diorang cakap S.J.Hyo leh bukak kedai emas pasni hehe..Suk Jin paling kesian sbb x pernah menang sekalipun hehe..die selalu akan jadi sasaran awal untuk disingkirkan apabila diorang main game tarik2 nametag tu..
Lee Kwang Soo ngan Song Ji Hyo..diorang ni mcm adik dgn kakak sbb Ji Hyo lebih tua dari Kwang Soo jadi Kwang Soo panggil die kakak..aku suka tengok Ji Hyo especially time die marah haha habis yg lain2 pun kena marah dgn die, maka pastu yg lain akan cakap Bad Ji Hyo dah muncul..hehe..lagi satu kesian gak kat Ji Hyo especially dalam episod yg ada guest artist perempuan yg lawa2 automatik Ji Hyo akan diketepikan sekejap sebab yg lain2 sibuk nak satu team dgn guest artis perempuan yg lawa2 tu..
Running Man with Jackie Chan..comel jer Jackie Chan main games2 tu semua, die suka sangat ketawa tengok gelagat team hijau..
Episod ini pun kelakar giler..especially masa diorang kat Zoo dengan binatang2 tu semua..paling syok tengok  K.J.Kook dengan harimau dan singa tu..x leh blah tgk die menjerit-jerit kat harimau tu semua dari jarak yg agak jauh..lawak sgt..manakala Jae Suk pula kena buat Gajah tu sebut satu perkataan..mmg lawak habis..

Selain tu, aku juga suka tengok gelagat Gary die ni jenis baik sikit x pandai menipu, pastu dlm kategori lurus juga lah sbb  kadang2 die senang tertipu dgn penipuan org lain..hehe..best tengok die dok kacau2 Ji Hyo walaupun Ji Hyo sekarang dh ada Boyfren dah..Monday Couple dah jadi ex monday couple skrg ni..selain tu HaHa pun kelakar juga n giler2 sehati sejiwa dgn Kwang Soo sebab dua2 lebih kurang sama jer "Betrayal Team" gitu. Ikutkan anggota asal Running Man adalah 8 orang termasuk Song Jong Ki yg comel tu tapi die ada dlm RM sampai episod 41 jer lepas tu die tarik diri sbb nak tumpukan perhatian dalam bidang lakonan. Episod 66 die ada jadi guest untuk RM. Selepas die tarik diri anggota RM kekal 7 org jer sampai skrg..n tempat die x digantikan oleh pihak produksi..

Episod last untuk Song Joong Ki tuh agak best juga walaupun ada drama air mata sikit sbb S.J.Hyo & L.K.Soo menangis sbb pasni S.J.Ki dah xde dlm RM yg paling syok bila diorang semua gi serbu rumah HaHa, Habis barang umah die kena angkut/rompak dgn diorang..kelakar habis..
10 sebab kenapa Running Man (RM) diminati ramai : credit to --> BeautifulNara
1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.

Running Man Daebakkk..bila ntah RM nak shooting kat Malaysia, diorang sebelum ni dah pernah shooting di Hong Kong, China, Vietnam n Thailand..paling banyak diorang gi adalah di Thailand..start 1 Jun RM akan ditayangkan di tv2 bermula dari episod 1. jenuh nak tunggu kalau seminggu 1 episod..baik aku tengok kat tenet jer hehe..
Read More »

26 Mei 2013

The Shah Rukh Khan Empire

Assalammualaikum..
Memang satu kebiasaan bagi artis yg berjaya ada syarikat sendiri..tgk jela SRK mcm2 business die ada n yg die nak join hehe..Syk Dreamz Unlimited adalah usahasama SRK dgn Juhi Chawla..ada beberapa filem yg diterbitkn rupanya syarikat ni gagal n last2 SRK tubuhkan syk Red Chillies Entertainment, Dalam syarikat ni isteri SRK pun terlibat sama..byk filem yg diterbitkan oleh syk ini..Apa pun SRK ni berpandangan jauh lah sbb die x mengharapkan duit lakonan semata-mata sebaliknya buat business dalam pelbagai bidang untuk masa depan..

P/s- Johan, Zizan pun masing2 ada syarikat sendiri okey.. ^_^ Johan (J.W.H Sdn Bhd) Zizan (Wirefame).
Read More »

25 Mei 2013

JOZAN Di Minggu Keenam Raja Lawak Musim Ke-7

Assalammualaikum...
Diam x diam dah masuk minggu ke-7 RL7 ni tapi hari ni nak buat review untuk minggu sudah nyer iaitu minggu ke-6 hehe terlambat sikit review ni haha..apa pun minggu Muzikan Komedi mmg sentiasa best..

Antara Yang Menarik Di Minggu Ke-6 RL7
-Minggu Ke 6 Raja Lawak Musim Ke-7 adalah bertemakan Muzikal Komedi..untuk musim ini ada sedikit kelainan apabila turut menampilkan artis jemputan yang terdiri daripada penyanyi.
-Pembukaan Minggu Ke-6 diserikan dgn artis Jemputan Waris dgn lagu Rembau Most Wanted dan dipertengahan lagu JOZAN pun keluar n turut menyanyi bersama-sama.
-Ada part yg awal2 masa Johan buat2 sedut inhaler tu pastu Zizan cakap "nak sikit2x" pastu Johan pun bagi..Zizan pun buat2 laa sedut n last2 Johan ugut nak tium haha die cakap 'bagi betul2 kang" terus Zizan cakap "eh jangan-jangan" sambil senyum2 hehe..
-Masa habis persembahan Kumpulan Okay, JOHaN ada nyanyi2 sikit.
-Time JOZAN nak perkenalkan Artis jemputan untuk kumpulan Wala iaitu Noh Hujan, Johan sempat cakap "Setahu aku kat Malaysia aku jer yang dah kahwin Hot" terus Zizan buat muka sikit hehe pastu Johan cakap kt Zizan "tengok Dengkilah tu2x" kemudian Zizan jawab "Tak bukan dengki,ko Hot sbb rumah takde aircon" hehe.
-Noh Hujan tu kelakar gak haha siap nyanyi lagu dangdut gitu haha, JOZAN pun ada usik2 Noh siap mention Mizz Nina sekali haha sambil buat aksi2 comel gitu. Zizan ada cakap jgn usik2 sangat nanti loan x approve haha masa AC komen Johan lak cakap benda yg sama. Ntah loan apa yg diorang maksudkan tu hehe
-Selepas selesai persembahan kumpulan Xtra JOZAN pun keluar ke depan pentas n brcakap-cakap sikit dgn kump Extra sebelum JoHan cakap "Nama saya Pisang, Ni Jantung Pisang" pastu Zizan lak cakap "Aah saya jantungnyer" so sweet kan..

-Isma yg komen persembahan kump Xtra, biasalah die menyanyi2 lagu jawa lah tamil lah apalah siap bangun lagi menyanyi hahaha kemudian masa Isma tgh nyanyi AC Mizal masuk campur die buat announcement num plat kereta sape ntah..ni mesti nak berhentikan isma dari terus nyanyi ni haha terbaik Dato AC, JOZAN dengan Kump XTRA atas pentas dah gelak besar tengok gelagat AC Mizal dan Isma hehe..pastu Isma sempat mintak Shah Slam main lagu lagi pastu die nyanyi balik,last2 Johan tegur Shah suh jgn main muzik, pastu Zizan lak cakap "dgr Komen die simpan gitar" pastu Johan plak cakap "Tak payah simpan gitar ko masuk dalam" kemudian selepas cara2 undian habis dibaca untuk Kump Xtra JOZAN sempat menyanyi-nyanyi n menari sikit sebelum iklan.
-Persembahan kump Gamat bersama artis undangan Hazama juga menghiburkan..Gaya Hazama menjadi Ramli Sarip sangat menjadi especially dari segi suaranya hehe..paling best masa nk habis persembahan tu tiba2 ada lagu tema AF Plak, JOZAN pun join sekaki menari lagu tema Akademi Fantasia hehe dgn Hazama dan kump Gamat.
-Selesai persembahan Kump Pahat dgn Tam Spider, tibalah giliran isma yg komen..haha macam biasalah mesti die nyanyi puas2 dulu pastu si Shah Slam boleh plak main muzik ikut apa yg isma nyanyi pastu Johan cakap kt shah "You Stop Shah i slap You, stop" hehe tapi isma teruskan nyanyian die gak haaha last2 JoHaN Suruh isma bagi kesimpulan die. Kemudian AC mencelah x puas hati sbb Johan suruh isma bercakap lagi bagi kesimpulan haha maybe JoHan kesian kan Isma jadi die bagi can sikit suh cakap lagi..
-Masa Zizan baca komen2 kt twitter, die tmbh ayat sendiri n ckp Johan Zizan Qiut hehe n masa nak iklan tuh Johan ada tersasul sikit die nk cakap berehat seketika terus jadi seketite terus die buat aksi manja ckp "alaa malulahh camni" hehe comel jer Zizan lak ckp "janganlaaa"
-Aku suka persembahan kump Bora dgn Altimet,pemilihan lagu yg best n sempat lagi diorang bahankan isma dalam lirik lagu diorang hehe..

-Dina jadi artis undangan untuk kumpulan Tuah, sedap suara Dina apa pun teruk gak Dina kena usik dengan JOZAN hehe bermula dgn JoHan yg usik dina, Johan cakap "Kalau Dina jadi hantu belum tentu boleh terbang" pas cakap tu Johan terus lari ke belakang pentas haha pastu Zizan plak cakap "tak baik cakap Dina macam tu" pastu Dina gi kejar Johan kt belakang pentas hehe. Pastu Zizan lak cakap "Dina2 jangan merajuk tapi kalau Dina jadi hantu golek, rata jalan.."Johan dh gelak besar kat belakang pentas sambil Dina kejar Zizan plak, kali ni Zizan yg lari haha.JOZAN mmg kuat mengusik orang..
-Pserta terakhir yg buat persembahan adalah Boy dan artis jemputan Cat farish, isma yg bagi komen untuk persembahan Boy, biasalah die nyanyi2 pastu ntah camne JoHaN pun berjangkit sekali die myanyi-nyanyi ikut gaya isma terus Zizan cakap "Johan3x jangan on bluetooth tu" pastu isma sambung nyanyi balik haha terus Zizan cakap "Aku dah cakap dah, die ni macam wifi kuat line die". 
-Masa penyingkiran Johan menyanyi lagu Malaikat -Judika manakala Zizan plak bercakap pasal peserta..masa dh habis nyanyi tu sempat Johan cakap "Penat siottt nyanyi" heehe pastu Zizan suruh Johan gi belakang pi minum air..hehe
-Peserta yang tersingkir untuk minggu ke 6 adalah kumpulan Pahat dan Kumpulan Xtra.
----Sekian---


Read More »
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017