-->

17 Apr 2017

Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras TV3

Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras Slot Dahlia Tv3, Senarai Pelakon, Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Ariff Aziz, Afzan A. Rahman, Idris Mad Diah, Catriona Ross, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Qazem Nor dan ramai lagi. Poster Drama Cucu Tauke Beras, Sinopsis, Info,
Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Cucu Tauke Beras telah mula disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 15 April yang lalu, bagi menggantikan Drama Meh Sandar Pada Aku yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Ariff Aziz, Afzan A. Rahman, Idris Mad Diah, Catriona Ross, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Qazem Nor dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang dan diarahkan oleh Khalid Nazri serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Suka tengok poster drama ini, cantik, dan dari sinopsis drama ini, nampak macam menarik je drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras Slot Dahlia TV3

Satu Kolej riuh dengan berita Irsya (Zahirah Macwilson), pelajar paling cantik, vogue dan kaya yang akan bercuti di luar negara ketika cuti semesternya seperti biasa. Walaubagaimanapun, semua itu hanya kekal sebagai khabar angin apabila ayah Irsya menyuruhnya untuk bekerja kerana perniagaan keluarga mereka sedang mengalami masalah. Irsya tidak boleh menerima nasib yang menimpa keluarganya dan enggan bekerja di Kuala Lumpur, kerana dirinya tidak mahu terserempak dengan rakan - rakan kolejnya. Memahami kerenah anaknya itu, ayah Irsya memberi cadangan padanya untuk bekerja dengan atuknya di kampung. Oleh kerana upah yang ditawarkan agak lumayan, Irsya bersetuju untuk pergi ke kampung dengan hati yang berat. Harris ( Azrel Ismail), sepupu kepada Irsya telah menjemputnya ke rumah datuk mereka. Irsya terkejut melihat Harris yang dahulunya montel, kini sudah menjadi lelaki segak dan kacak. Namun, kejutan untuk Irsya tidak terhenti di situ kerana dia baru tahu yang datuknya ialah seorang pemilik kilang beras. Kesemua hasil keluarannya dipasarkan ke seluruh Malaysia.
Senarai Pelakon Drama Cucu Tauke Beras TV3, Farisha Irwayu, Zahirah Macwilson, Tania Hudson,
Irsya yakin bahawa kerjanya sangat mudah. Dia berangan untuk menjadi ketua di sebuah pejabat dengan kondisi yang selesa dan berhawa dingin. Harapannya meleset apabila datuknya mahu Irsya mempelajari proses menanam padi dari mula. Irsya langsung tidak berminat untuk mendalami semua itu, apatah lagi dia perlu berguru dengan Harris yang menganggap gadis bandar ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan hidup di kampung. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Irsya bertahan dengan segala tugasan yang diberikan oleh datuknya itu? Adakah dia akan berputus asa dan pulang ke bandar?
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature,

5 ulasan:

  1. Nanti tengok kat tv3.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    BalasPadam
  2. Macam menyampah tengok ceritanya drama quuen sangat tapi dah dua episod takk miss depan tv hahaha

    BalasPadam
  3. adoi tajuk2 drama skrang.. klako klako..

    BalasPadam
  4. cikja bru nak tgk cite ni hehehe

    BalasPadam
  5. Pelakon pehh....mantap....
    -along

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017