-->

31 Okt 2012

Corat Coret JOZAN Dan SePaH DaLam MLM2012

Assalammualaikum
Akhirnya memang konform JOZAN join MaharajaLawak Mega 2012..Iklan perserta2 yg Join MLM tuh pun dah kuar di tv..semua peserta bergaya dengan pakaian ala2 pahlawan Rom/Yunani dan seangkatan dgnnya hahaha..kalau korang tgk betul2 promo iklan Peserta MLM tuh korang akan nampak perbezaan JOZAN dgn peserta lain haha..peserta lain siap dengan topi nak berperang bagai n muka diorang ada yg berapa nmpak sbb terlindung dgn topi yg dipakai..Bagi aku JOZAN mmg bergaya habis dalam promo iklan tuh berpusing pun dah ada gaya n waktu nama diorang disebut gambar diorang mmg jelas dan terang fuhh siap dengan Spek Mata Hitam Uollss..pahlawan zaman dulu mmg ada dh pakai spek mata hitam yer ek?hahaha peserta lain xde yang pakai Spek mata hitam pun..JOZAN mmg bergaya gitu dlm promo tuh pun dah nampak betapa gahnya JOZAN.. =)

Rasanya semua peminat JOZAN mmg lega bila JOZAN akhirnya sah menyertai MLM..bagus diorang ni walaupun dah amat popular diorang masih merendah diri dan ingin bertanding dengan yang lain. Walaupun dulu hanya Naib Juara mereka tetap tidak berputus asa dan kembali bersaing kini..moga kali ini kemenangan menjadi milik mereka..Paling menarik walaupun dulu ada gosip yang keluar bahawa JoZaN akan berpecah dan join group lain dan sebagainya ternyata semuanya hanya khabar angin..Mereka masih tetap bersama bak kata ZizaN dulu, "Takde Sape dapat Pisahkan JoZaN", "Biarlah tak Lawak sekalipun tapi kami masih tetap tampil bersama" sweet kan..itulah keistimewaan JOZAN..gandingan duo terhebat yang sentiasa sweet sokmo hehehe..

Berbalik pada barisan peserta MLM2012 Ini nampaknya nama Sepah/SepahTu tiada dalam senarai..Ini menunjukkan bahawa mereka tidak menyertai MLM kali ini..agak terkilan juga Sepahtu x join MLM kalau Sepahtu Join makin mantap laa MLM ni disamping saingan menjadi sangat sengit..dan JoZaN boleh membalas dendam atas kekecewaan lalu kan..tapi malangnya SePah mmg x masuk..ramai yang buat andaian bahawa Sepahtu takut untuk bertanding kembali kerana risau gagal mempertahankan kemenangan lalu..aku ada terbaca kat Portal Murai.com.my antara alasan Sepahtu tak Join MLM adalah sebab Mamat sepah..Jom Baca kenyataan Sepah Tu

"Dahulu kami bertiga. Sekarang ini hanya tinggal kami berdua saja. Jadi, jika kami masuk, kami akan rasa janggal pula. Sejujurnya, kami telah mengambil masa selama tiga bulan untuk buat keputusan sama ada kami patut sertainya atau pun tidak.
"Oleh itu, rasanya inilah keputusannya terbaik kami yang mana kami tidak masuk. Kami tidak mahu orang pertikaikan kemasukan kami. Lagi pun, sebelum ini kami cipta nama dengan bertiga. Untuk berdua (Sepahtu), rasanya masih belum cukup matang lagi untuk kami melakukannya.Kami juga tidak mahu kecewakan hati Mamat".Dalam pada itu, Shuib mengakui Mamat ada mempelawa mereka untuk bergabung semula bagi menyertai pertandingan gah berkenaan.Kami tidak mahu main-main dalam hal ini. Kami tidak mahu bergabung semula hanya demi pertandingan.
 
"Isu gabung semula ini amat sensitif. Ia bukanlah perkara yang boleh dibuat main."Sesungguhnya jika menyertai pertandingan tekanannya amat berlainan. Kami sudah laluinya ketika menyertai Maharaja Lawak. Terus-terang, kami sangat susah nak buat keputusan sehinggalah di saat akhir.Keputusan ini adil untuk kami bertiga. Masing-masing tidak sertainya." (SuMBeR )
Apapun jom kita tengok promo barisan peserta MLM2012 Kat bawah ini...


18 ulasan:

  1. Tu la kalau sepah join kan lagi sengit..hehehe.

    kak pun tak sabar nak tengok meeka beraksi dik :)...

    eeee..tak sabarnya..

    BalasPadam
  2. wah diorang masuk eh..:)

    mesti gempak maharaja lawak mega nanti:)

    BalasPadam
  3. maharaja lawak mega pulok? wahh..chaiyok la jozan!!

    BalasPadam
  4. Ziazn, jozan...mmg undianku hanya utk mu...singgah la ke blog teman nidahani.blogspot.com

    BalasPadam
  5. peserta lain cam xbest pon....dlm bnyk2 tu jozan je paling best..cnfrm2 jozan menang...

    BalasPadam
  6. ku jugak tak sabar..si johan makin bumbum ku tengok.hehe

    BalasPadam
  7. osbon takde ehhhh. huhu. lagi sengit tu. :)

    BalasPadam
  8. tahun ni diorg masuk jugak.mesti best nnt ni :)
    calon tuk ke final terus ni..hehe

    BalasPadam
  9. xsabar nk tgk ni..kalau sepah ada kompom lg best kan

    BalasPadam
  10. kak fieda rasa dorang menang kot..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017