-->

13 Mei 2013

7th Grade Civil Servant- Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Dah lama x buat review Drama Korea ni..sekarang ni dh jarang sikit tengok drama korea..drama 7th Grade Civil Servant ni antara yang paling latest yg habis aku tengok. Drama ni ada 20 episod. Pas habis drama ni aku ada tgk drama lain tapi sempat tengok sampai episod 4 jer hehe x de masa nk tgk episod yg seterusnya hehe..Berbalik pada Drama ni jalan ceritanya berkisar ala2 spy/ejen rahsia gitu yang bekerja untuk kerajaan. Diorang dtg temuduga kemudian terpilih seterusnya dilatih dalam berkumpulan. Sangat seronok tengok cara2 diorang dilatih untuk menjadi seorang ejen yg cekap, corak latihan semua ditunjuk dlm drama ni..byk insiden lucu yg berlaku sewaktu diorang dilatih menjadi seorang ejen/spy. Kerja sbg ejen ni byk melakukan penyamaran..hero drama ni okey bagi aku not bad gak..cuma heroin die jer kureng sikit bagi aku sebab usia die lebih tua sikit dari hero cite ni haha tapi dari segi lakonan hero n heroin ni mmg mantap laa..
Memang syok tengok diorang menyelesaikan satu2 kes, mlakukan penyamaran semua..dalam cite ni ada gak terjadi Cinta 3 segi semua..jom tengok sinopsis drama ni..

Sinopsis
Han Phil Hoon dan Kim Seo Won telah bertemu dalam Blind date yang telah diatur. Namun blind date tersebut x seperti yang dirancang kerana kedua-dua mereka telah bergaduh besar. Akhirnya secara kebetulan kedua-dua mereka telah terpilih untuk menjadi ejen baru (NIS) yang telah dipanggil ke kem latihan untuk dilatih dan mereka telah bertemu kembali disitu dan keadaan di kem latihan mula kecoh dan riuh dengan gelagat mereka berdua yang tidak sefahaman dan sering bertengkar setiap kali berjumpa. Salah seorang pelatih disitu yg bernama Gong Dong Ha telah jatuh hati pada Seo Won namun Seo Won dan Han Phil Hoon dah mula saling menyukai walaupun sering bergaduh sebelum ini.
Walaubagaimanapun Ayah Han Phil Hoon telah melakukan urusniaga perniagaan dengan penjenayah dan ayahnya juga x tahu anaknya Phil Hoon telah menjadi ejen kerajaan..Pihak NIS telah mengetahui ayah Phil Hoon bersalah kerana bersubahat dgn penjenayah lalu mencari jalan untuk memecat Phil Hoon dari mnjadi ejen dan akhirnya Phil Hoon terpaksa berhenti dan keluar dari Kem latihan. Namun Pegawai Disiplin yang melatih Phil Hoon tidak memecatnya sebaliknya memberi misi rahsia padanya untuk menyiasat dan memerhatikan ayahnya sendiri. Setahun berlalu Kim Seo Won akhirnya ditugaskan untuk menyamar dan memikat Phil Hoon sekaligus mencari fail rahsia ayah Phil Hoon. Keadaan menjadi lebih rumit apabila kedua-dua mereka tidak tahu yang mereka sebenarnya sama2 ejen. Dua2 menipu dan menyamar dan mengikut perintah org atasan. Makin rumit apabila mereka telah sama2 jatuh cinta.
Namun akhirnya rahsia mereka terbongkar juga apabila mereka akhirnya tahu yang mereka sama2 ejen dan Phil Hoon secara rasmi dilantik menjadi ejen di depan teman2 nya. Kemudian mereka bekerjasama untuk menangkap pnjenayah yang berurusan dgn ayah Phil Hoon..pelbagai perkara yang menarik berlaku ketika mereka cuba menyiasat dan menangkap penjenayah tersebut.
Bagi aku beberapa episod di permulaan drama ni sangat menarik n kelakar..seronok tgk gelagat diorang berlatih mcm2 ragam gitu kemudian di episod2 seterusnya jalan ceritanya mula menjadi serius..Antara part yang kelakar masa Phil Hoon dan Gong Do Ha sama2 berada dalam umah Seo Won. Do Ha datang dulu kemudian die bersembunyi dalam almari apabila Phil Hoon sampai ke rumah Seo Won. Tak lama kemudian Seo Won dan Phil Hoon bergaduh sebelum tiba2 munculnya ayah dan ibu Seo Won yang baru sampai dari kampung. Melihat keadaan Seo Won yg tgh perang besar dgn Phil Hoon terus ayah Seo Won menarik rambut Phil Hoon dgn kuatnya. Dalam masa yg sama Do Ha pula dengan tidak sengaja terjatuh lalu terkeluar dari almari tu lalu membuatkan kesemua mereka terkejut hahaha..akhirnya rambut Do Ha turut ditarik oleh ayah Seo Won manakala Mak Seo Won pula menarik rambut Seo Won kerana menyangka anaknya ni Playgirl hahaha mmg lawak giler babak ni..

Watak Perwatakkan


Bagi aku berbaloi gak tengok drama ni sebab ada macam2 dalam drama ni ada lawak, cintan cintun pun ada, ada unsur2 patriotik dan semangat setia kawan yg dipaparkan dalam cite ni..selain ada scene2 lawan2 sikit tembak2 semua. Kiranya syok gak layan drama ni..Aku bagi 4.2 bintang dari 5 bintang untuk drama ni..
Aku tengok drama ni secara online..aku tengok kat maadu.com.my hehehe

5 ulasan:

  1. dah tengok drama nih sampai habis ^__^ suke tengok bab-2 dyorang jalankan misi... cara dan taktik dyorang bekerja sgt menerujakan.. buat org berdebra-debar je.. hihi

    BalasPadam
  2. wahh.. spy utk kerajaan eh..menarik tu...

    BalasPadam
  3. Cerita sinopsis macam best ajer ni...hehehhe
    Kisah ejen yangbercinta dan kiut serta cantik..hemmmm
    kena Tengok!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Ehhh!!! Zura dah tengokk Beberapa bulan yg lepass :D Best ^^

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017