-->

5 Ogo 2012

MamPukah MaLaysia Meraih Emas Pertama untuk Olimpik!?



Assalammualaikum..
dah lama x cerita pasal Badminton kat blog ini hehe..kini tibalah masanya..
Hari ini adalah hari yg ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia..sebabnya hari ni lah yang akan menyaksikan sama ada Malaysia mampu meraih emas pertama Olimpik dalam acara sukan Badminton menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Hari ini adalah hari perlawanan akhir perseorangan lelaki untuk acara Badminton yg menyaksikan wakil negara kita iaitu Lee Chong Wei yg akan berjuang untuk mendapatkan emas pertama negara dengan menentang musuh tradisinya iaitu Lin Dan daripada negara China. Kalau kita tengok final olimpik Badminton pada tahun 2012 ini Sama seperti ulangan Final Olimpik Beijing di China pada 2008 yg menyaksikan Datuk Lee Chong Wei kalah pada Lin Dan di ketika itu..Adakah Olimpik London ni bakal menyaksikan kesudahan yang sama atau sejarah baru bakal terlakar dengan kemenangan Lee Chong Wei ke atas Lin Dan..

Setahu aku la kan Lin Dan ni mmg susah atau liat sikit untuk dikalahkan..mengikut rekod pertemuan L.C.Wei bertemu Lin Dan pada sebelum2 ni memang ketara yang Lin Dan lebih banyak menang dan mengalahkan L.C.Wei..tambahan pula Lin Dan kali ni turun di Olimpik tanpa rasa tekanan yg tinggi berbanding Lee Chong Wei kerana dibahu L.C.Wei tergalas bebanan berat untuk memastikan emas milik Malaysia..kesian gak pada L.C.Wei ni..kalau kalah mesti die sedih sangat kerana telah menghampakan rakyat Malaysia..yang paling aku risau sekali mestilah emosinya sebab dalam perlawanan Badminton ni apa yg penting adalah kawalan mental mesti kuat kan..kalau x kuat habislah..mesti suspen jer..mcmmana la L.C.Wei ni nak kontrol emosinya kan masa bermain tuh..Lin Dan tuh plak bukan senang nak dikalahkan..apapun aku percaya Malaysia boleh!! dan aku yakin datuk Lee Chong Wei juga Boleh dan mampu untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia..Dengar cerita Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B Dato Najib Tun Razak juga akan ke London dan menonton secara live perlawanan akhir Badminton tuh..

Aku harap Datuk Lee Chong Wei mampu mengawal tekanan yang dihadapinya untuk mengapai emas pertama Malaysia..dan dapat bermain dengan tenang dan bersemangat untuk menewaskan Lin Dan..Aku masih ingat lagi perlawanan akhir badminton Olimpik Beijing 2008 dimana L.C.Wei x mampu nak handle tekanan lalu tewas mudah kepada Lin Dan dalam dua set game tuh..fuhh hope tahun ni beliau mampu menewaskan Lin Dan..dan sekiranya beliau tewas janganlah dipersalahkannya sebab rezeki tuh mungkin belum milik kita..dan semestinya beliau akan cuba seboleh dan sedaya mungkin untuk menewaskan Lin Dan..Sekiranya Malaysia menang pastinya semuanya happy ending kan hehehe..Lee Chong Wei bertambah kaya dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia..manakala satu Malaysia boleh dapat Ais Krim percuma gitu dan aku yakin mesti akan ada cuti khas yg diberikan untuk rakyat Msia haha..ceewahh..berangan dh ni haha..tapi bagi aku benda tuh semuanya x penting pun yang penting Lee Chong Wei dapat memberikan tentangan yang sengit pada Lin Dan..seterusnya memperoleh kemenangan..

Dalam kegembiraan Lee Chong Wei ke Final,namun masih terselit kehampaan buat beregu lelaki Badminton Malaysia apabila tewas mudah dengan beregu China di perlawanan Separuh Akhir Badminton Olimpik..ketika di set pertama aku agak terkejut bila melihat kedudukan ketika itu sudah 14-4 yang mana Malaysia hanya memungut 4nmata sebelum meningkat sedikit..set pertama memang beregu China menang mudah..di set kedua barulah nampak Tan Boon Heong dan Koon Kien Kiat memberikan saingan sengit namun semuanya sudah terlambat apabila beregu China yang menang..aduhaiiii....dan kini mereka perlu berlawan sekali lagi untuk cuba merebut pingat Gangsa untuk Malaysia..aku harap diorang sekurang-kurangnya dapat membawa pulang pingat Gangsa ke tanah air..emm selain Chong Wei tumpuan juga pastinya diberikan kepada Azizul Hasni Awang yang diharapkan mampu meraih emas untuk Malaysia..
apapun kita tunggu dan lihat serta berharap kemenangan menjadi milik Malaysia kan ^_^
Malaysia BoLeh!!!!...


13 ulasan:

  1. Dato LCW mesti boleh kalahkan Lin Dan Den Don tue. Lepas tu kita dpt makan eskrim baskinribin free...yeaaaa

    Utk AHA, moga berkat ramadhan ni beliau dapat kalahkan siapa saja pesaing dia. Go Pocket Rocket Man!!!!!

    BalasPadam
  2. insyaallah emas milik negara ^^

    BalasPadam
  3. arap2 chong wei dapat mbawa pinggat emas pertama buat mesia :))

    BalasPadam
  4. chayok2!!! lee chong wey! hahaha kita doakan di malaysia sama2 :)

    BalasPadam
  5. Eh..betul ke PM nak turun ke London...?

    kalau betul, lagi tinggilah tekanan LCW..!

    Apapun, kita sama2 doakan LCW kuat menentang LD...InsyaALLAH, doa kita di makbulkan di bulan yg mulia ni..

    kalah menang, LCW tetap juara negara kita..!

    BalasPadam
  6. Hope Lee Chong Wei menang.. Kadang2 M Kesian gak kat dia.. Beban berat tergalas Di bahu dia tu...Menang atau kalah terima la seadanya..di mesti dah wat yg terbaik untuk diri dia dan untuk negara kita..

    BalasPadam
  7. memg agak kecewa bila Datuk Lee Chong wei kalah lagi...tapi,apepun beliau tetap juara di mata kita dan Malaysia Boleh!

    BalasPadam
  8. dah terjawab akhirnya. huhu.. frust takde baskin robbin free. :)

    BalasPadam
  9. Dato LCW ttp juara kita. Dia dh brhempas pulas memulas sgala otot lindaNau.

    Jgn guna prkataan 'dan' seminggu..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017