-->

23 Sep 2012

NoVeL vs FiLeM Untuk TiGa HaRi



Assalammualaikum
Hari ni saja nak cite pasal Filem & Novel "Untuk Tiga HaRi" ni..
Jalan cerita filem ni aku mmg tahu dh..maklumlah filem ni adaptasi dari Novel Ahadiat Akashah yg bertajuk Untuk tiga Hari..dan kalau dari segi Novel cite nyer memang ada sambungan lagi iaitu yang bertajuk "Tiga Hari Kemudian"..Kedua-dua Novel tuh aku ada n dh baca pun..lama dh beli novel tuh.
Sebab aku beli novel ni dulu tuh krn aku tertarik dgn sinopsis cerita ni..macam best je bunyinya pastu beli jer la haha..yela Kahwin untuk 3 hari pastu nak cerai..pastu bayangkanlah masalah2 yg bakal timbul kan..

Ceritanya bermula bila dua pasangan kekasih ni memutuskan untuk berkahwin dengan orang lain hanya untuk tiga hari..selepas 3 hari masing2 akan mintak cerai dari pasangan masing2..namun adakah semuanya akan jadi seperti yang dirancang?semestinya la tidak kan..meh aku gtau jalan ceritanya sikit yer haha..Yg si lelaki tuh mmg benar2 menceraikan isterinya tuh pas die ceraikan tuh die berterus terangla yg die dh ada kekasih dan diorang mmg kahwin hanya utk 3 hari jer..manakala kekasihnya yg bernama Uji tuh nampaknya x berjaya apabila die akhirnya dh tersuka plak dengan suaminya sendiri hehe..maka pastu Uji hantar email kat kekasihnya cakap sorry sgt2 die dh suka ngan suaminya..haha pastu yg si lelaki tuh pun rasa menyesal sangat2 sebab menceraikan isterinya yg sangat baik tuh..konflik bermula bila si lelaki ni tadi x sampai hati nak bagitau kt family diorang yg mereka dh bercerai..jadi diorang berpakat untuk berlakon mcm suami isteri depan family.Bekas isterinya tuh kecewa sangat..kemudian si lelaki ni rasa bersalah dan menyesal maka die ajak la bekas isterinya rujuk semula..namun bekas isterinya x mahu jual mahal habis hehe..

Akhirnya penceraian mereka diketahui oleh family masing2 semuanya kecewa...dan bekas isterinya x mahu rujuk semula..pastu x silap aku si lelaki ni pastu gi bercuti sorang2 di luar negara utk tenangkan diri dan secara x sengaja die terjumpa ngan bekas kekasihnya masa sekolah dulu..diorang berpisah dulu sebab mak lelaki ni x suka dengan kekasihnya sebab kekasihnya ni anak org miskin x setaraf sume..kalau dlm filem watak kekasih pada hero ni masa sekolah dilakonkan oleh Dira Abu Zahar..kemudian x lama pastu diorang akan bercinta semula..kemudian bekas isterinya tuh telah dipujuk oleh emak si lelaki ni tadi supaya rujuk semula..maka akhirnya bekas isterinya pun setuju nak rujuk semula..namun semuanya dh terlambat bila si lelaki ni tadi dah pun bercinta dengan kekasih lamanya pastu disebabkan maknya menghalang diorang akan kahwin senyap2 Manakala bekas isterinya tuh pun makan hati jer laa jawabnya sebab awalnya die yg x nak rujuk..kemudian berbalik pada cerita Uji tuh..die juga x bahagia..die menyesal kerana telah melukakan hati kekasihnya tuh..kemudian nak dijadikan cerita suaminya tuh pun terjumpa kekasih lama dan nak kahwin lagi tapi Uji x sanggup dimadukan lalu minta dirinya dilepaskan saja...

begitulah ceritanya..aku pun ingat2 lupa jalan cerita novelnyer..versi filem aku x tau la sebab x tengok lagi..sorry la lau jalan ceritanya tersalah ke apa ke sebab aku pun ingat2 lupa jer..aku gabung sinopsis 2 novel kt atas ni hehe..bagi aku jalan cerita die unik rsanya x rugi lau tengok filemnyer..tambah2 ramai pelakon berpengalaman dlm filem ni..filem ni kalau pasni buat drama bersiri pun okey gak kot..sekali sekala layan cerita melodrama gini pun best pe..asyik2 cerita komedi,seram jer hehe..Aku ada tengok filem ni kat tv hari tuh masa raya..ada tayangan perdana eksklusif setengah Jam kat Astro Citra dan Prima n best gak aku tengok..lagi best ada ZiZaN Raja LaWAk la dlm filem ni..haha tapi die pelakon pembantu jer..die pegang watak Remy iaitu Kawan UJI masa remaja..Remy ni ada hati dgn Uji tapi Uji macam dok mengelak jer last2 Remy kahwin dgn orang lain menangis si Uji tuh bila dpt tau Remy dh kahwin hehehehe..Scene Zizan mmg lawak sikit awalnya..tpi last2 jeles plak aku tengok diorang dok bergurau senda dalam air kat pantai tuh pastu berlari berkejaran muahahaha...

Byk novel Ahadiat Akashah dibuat filem, selepas ni x tau la novel mana plak aku rasa Novel yg tebal tuh tajuknya "Hikayat Cinderella" tuh pun best juga kalau diadaptasi ke Filem or drama..Apapun tak tahula cmne sambutan filem Untuk Tiga HaRi ni..harap2 okey..tmbh2 ada Zizan dlm filem tuh haha..pasni filem Zizan yg terbaru Hantu Kapchai..

Silalah Menderma sambil beramal yer dgn klik kt bwh ni =)

23 ulasan:

  1. penerbit filem ini yang buat ombak rindu kan? dapat jemputan masa preview..x sempat pagi.. :)

    BalasPadam
  2. baru saya tahu rupanya cerita ini dari novel Ahadiat Akashah.....Terbaiklah.....
    kerana novel budak lagenda lah saya meminati penulis ini..kerana masa pertama kali saya baca novel lagenda budak setan saya menangis.....

    http://dihujungpen.blogspot.com/2012/09/update-blog.html

    BalasPadam
  3. aah betul dari penerbit lagenda budak setan dan Ombak Rindu..laa ye ker..xpe nanti leh tgk kt panggung hehe x pun tgk kt tenet jer nti..

    BalasPadam
  4. Wah citenya bersimpang-siur jugak tp boleh faham, tp part yg plg paham tu pasal hantu kapcai...mwahaha...rajin sis banu baca novel ye

    BalasPadam
  5. Kak M mmg tak sabaq sgt nak p tgk wayang crita ni.. Cam best sgt bila tengok preview kat tv..

    BalasPadam
  6. CiM tk sabar nk tunggu 20 Sept...

    BalasPadam
  7. tak pernah baca dua2 novel tu tp preview macam best.

    BalasPadam
  8. tak sabar nak tgk citer nih..pelakon dia pun hebat2

    saya pun minat penulis ahadiat akasha ni...tapi buku dia yang ni tak baca lagi...leh beli pasni

    BalasPadam
  9. kalo citer gini jgn harap la deqla n hubby p tgk kat panggung...hihi..slalunya tgk movie aksi n kelakar jek..kalo yg mcm ni tggu je la tgk dvd ke..donlod ke..byk benor la movie melayu yg diapdatasi ni..drama kat tv pun..semcm trend pulok..huhu

    BalasPadam
  10. slalunye, novel lg best..sbb ble adaptasi ke filem, filem ni mkn mse pnedek jer..xkn bole msukkan sume part dlm novel kn...

    BalasPadam
  11. OoOo filem ni adaptasi dari novel, lau cite dari ahadiat konpem best koot

    BalasPadam
  12. kalau ahadiat aqasha mmg best..cubit2 cni

    BalasPadam
  13. Teringin sangat nak tengok citer nie, tapi blom ada kesempatan plak rasanya...

    BalasPadam
  14. hehe,,baru tahu,.trgin gk nk tgk cta ni..dh cubit sini ;-)

    BalasPadam
  15. baru tahu..diadaptasikan dari novel.hihih

    BalasPadam
  16. adoi..trs boleh bygkan cite ni lepas bc preview ni.hahahaha mmg terbaik lah Misz banu :)

    BalasPadam
  17. Kami dah tonton filem Untuk Tiga Hari.
    Sebuah filem yang bagus dari Afdlin Shauki

    Review kami : Untuk Tiga Hari

    BalasPadam
  18. Sis dari dulu peminat novel Ahadiat Akashah.....Terbaiklah.....hihihi

    BalasPadam
  19. baca di review kat blog ayu tadi, katanya romantik komedi.. hihih..

    teringin nak tgk..

    BalasPadam
  20. salam..
    baru lepas tgk filem untuk 3 hari. agak kecewa sbb rashidi ishak x lakonkn watak as armi. kalau dia yg jdi suami vanida imran dlm filem ni,mst lagi sweet. yelah,nk pegang lebih2 pn xpe cz diorg kn mmg suami isteri..huhu
    but overall ok. kalau dr segi touching2, lagenda budak setan lagi touching..hehe. tgk la cerita ni. :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017