-->

13 Sep 2012

ZiZaN BaKaL Sertai SteSeN RaDio ERA.FM


 Assalammualaikum..
banyak plak entry pasal Zizan muahahaaha..nak uat cmne orang popular la katakan artikel ni aku jumpa kat paper jom kita baca sama2..
KUALA LUMPUR - Selepas pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz menyertai radio Era FM untuk segmen Doktor Cinta, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak (gambar) pula bakal menghangatkan lagi radio nombor satu negara itu.Perkara itu disahkan oleh Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran kepada Kosmo! semalam, namun perbincangan dengan Zizan masih berjalan dan pihaknya masih mencari slot yang sesuai supaya tidak bertindih dengan waktu kerja pelakon filem Mael Lambong itu."Perancangan untuk ambil Zizan sebagai penyampai jemputan seperti Aaron memang ada tetapi masih dalam perbincangan. Kami belum putuskan dia akan masuk mana-mana slot lagi," ujarnya.
Menurut Nazri, apa yang pasti Zizan tidak akan digandingkan dengan Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz yang ketika ini merupakan salah seorang penyampai Era FM."Zizan tidak akan bergabung dengan Johan sebagai Jozan tetapi akan bersama mana-mana penyampai lain untuk satu slot yang berbeza," ujarnya.Bermula Jumaat ini, Aaron akan ke udara di Era FM setiap minggu bermula pukul 9 malam hingga 11 malam di slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac.Pada slot tersebut, Aaron akan menjadi doktor cinta untuk menyelesaikan masalah cinta pendengar radio berkenaan.Johan pula akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi bersama dua lagi penyampai lain iaitu Ray dan Haniff.Sementara itu, Zizan ketika ditanya mengenai penyertaannya bersama radio Era menganggap perkara itu sebagai peluang baru bagi mengembangkan kerjayanya.
"Kami masih berbincang dan saya tengah mempertimbangkan tawaran berkenaan, lagi pun saya kena cari waktu yang sesuai supaya tidak bertindih dengan jadual lakonan saya," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya semalam.Tambahnya, dia sebelum ini selalu mendengar keletah rakannya, Johan di radio berkenaan dan beranggapan ia adalah satu perkara yang sukar dilakukan."Kalau saya ke udara nanti, ia mungkin seminggu sekali sahaja seperti Aaron tetapi tidak tahu lagi hendak jadi doktor apa," jelasnya

#Wow JOZAN di Era.fm tapi sayangnya diorang x digandingkan..xpelaa nk uat cmne kan..agaknya kalau JOZAN digandingkan di ERA mahunya berduyun-duyun org call Era semata-mata nk borak dgn diorang jer haha..wahh Zizan selalu dengar JoHaN berceloteh kat Radio ek..so sweet..bagusla la diorang ni saling menyokong antara satu sama lain..

Korang meh klik yer...
This means longer talks on the phone with your darling!-KLiK SiNi
Do you know Astro is giving away 5 iPads everyday? Only two more weeks left before the contest ends!KLIK sini
Nak Buat Duit dengan Mudah?Daftar kat Sini..
Menarik iklan Hari Malaysia ni... Boleh belajar sejarah sekali!jom tengok
Semua orang tak sabar menunggu Trak Biar Betul Hijau... Apa benda tu!?
Undian bermula untuk cupcake 1Malaysia tercantik! UNDILAH!..
Awal, Scha, Hanis Zalikha and Faizal Ismail... Who will win the race?..

18 ulasan:

  1. best..best..tp lbih suke dgr hot fm :)

    BalasPadam
  2. Hahaha, nasibla tk sama ngan johan. Klau tk jahanam konti

    BalasPadam
  3. semakin hari, semakin maju semula radio era ini..

    sangat bagus.. :)

    BalasPadam
  4. lg gempak kalo sama ngan johan..riuh rendah konti nnti..haha...lepas ni bertmbh naik la ranking radio era.. pndainye era pasang strategi! :D

    BalasPadam
  5. perghh..kalau digandingkan..rasanya lagi riuh..hihihi.. :)

    smlm tgk x zizan ke jepun..? bestlah.... :)

    BalasPadam
  6. semakin meriah lah....:)
    wehehehe:)
    sesingah sesini:)

    BalasPadam
  7. kalau bergabung dengan johan lagi la gempak..hehehee

    BalasPadam
  8. Klu ada Zizan confirm sy dgr la carta era...hihi..skrg dgr pagi2 dlm keta je..ms nak gi keje

    BalasPadam
  9. Naiklah ranking era.fm nanti..
    hehhe
    Kan dah jadi Google + tu..aku dah Google + artikel ini..

    BalasPadam
  10. Kalau digandingkn dgn johan lg meletup....tp sweet d
    Zizan ada jgk dgr johannye segment ^^

    BalasPadam
  11. Wah, makin meletop la Radio Era kalau Zizan pon masuk sekali.. Best3! Tak sabar nak dengar Zizan & Aron jadi DJ.. =)

    BalasPadam
  12. Wah nanti akan bertambah meletop la era fm..:)

    BalasPadam
  13. kan best kalau Jozan disatukan dalam satu segmen. nak2 segmen pagi2 tu. Johara kena bubar la. hehehe..

    BalasPadam
  14. wahhh. nak jadi penyampai radio pulak ehhh. cayalah. ;)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017