-->

26 Sep 2012

FiLeM BaRu JoHaN & ZizaN (JOZAN)

Assalammualaikum..
Disebabkan ramai yg suka baca pasal JOZAN dalam BLoG ni..maka aku teruskan update cerita2 diorang k..kali ni nak cakap pasal filem terbaru JOZAN. Mereka masing2 akan keluar dengan filem baru kali ni bermula dengan Zizan dengan filem Hantu Kapchai pada 27 September ini dan juga Johan dengan filem Orang Minyak vs Pontianak yg merupakan arahan Afdlin Shauki yg bakal menjengah pawagam pada 22 November nanti..Jom kita tengok Sinopsis dan filem2 ni..oh yeah! ^_^
Start dengan Johan dulu..dalam filem ni Johan bergandingan dengan Nabil..Johan jadi Orang Minyak Nabil plak jadi Pontianak..x boleh blah poster nya hahaha seram kelakar gitu muahaha dari sinopsisnya nampak mcm best n kelakar je cerita ni..jom tengok sinopsisnya..
SiNopsis

Filem Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan dua hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut di diami lima orang bomoh atau pawang. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau.

 Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu. Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka.

Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.
Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.
Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka dan apa pula akan terjadi kepada Ponti dan Omi? Saksikan filem Ponti Vs Omi (Pontianak Vs Orang Minyak) di pawagam!

SuMBer

Tadi Johan sekarang ni Zizan pula..kalau Johan bergandingan dengan Nabil, Zizan pula bergandingan dengan Remy Ishak..jom tengok Sinopsis nyer pula..

SiNopsis
Mengisahkan Ajib, Seorang Mat Rempit yang terbunuh dalam perlumbaan motor haram. Ajib tinggal bersama ibunya, Mak Ros dan adik lelakinya, Akim. Semasa hayatnya, dia telah meminjam wang dari Ah Long untuk menampung kos perubatan ibunya. Pada suatu malam, dalam keadaan terdesak, Ajib bersetuju untuk berlumba haram dan membuat pertaruhan dengan Tiger. Ajib terbunuh dalam perlumbaan itu apabila Tiger menggunakan taktik kotor untuk menang. Apabila dia bangun, dia terlihat jenazah yang menyerupai dirinya di tengah ruang tamu sambil diperhatikan dan dibacakan Yasin oleh Mak Ros, Akim dan orang kampung.

Konflik terjadi apabila Ah long dan Tiger datang ke rumah dan mengugut Mak Ros dan Akim untuk membayar hutang Ajib. Ajib menyedari bahawa keluarganya dalam bahaya, lalu berjumpa dan meminta pertolongan daripada Ibrahim, setelah mendapat tahu hanya dia yang dapat melihat Ajib. Akim akhirnya membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan halal yang dianjurkan oleh YB Mansur dengan harapan untuk membayar segala hutang Ajib.
Berjayakah Akim dalam perlumbaan itu dalam membantu abangnya untuk melangsaikan hutang-hutangnya..
SuMbeR 

 Gitulah sinopsisnya..mesti ada yg akan kata kalau JOZAN bergandingan dalam satu filem mesti lebih meletup kan..aku pun rasa mcam tuh hehe..nk uat cmne xde rezeki nk tgk JOZAN dalam satu filem selepas filem Uncle Usin tuh..huhu apa pun walaupun lain2 filem diorang tetap JOZAN kan..bak kata org jauh dimata dekat dihati gitu ceewahh..so sape2 yg rajin tengok wayang tuh leh la tengok filem2 diatas kedua-duanya bergenre komedi..hehehe..

~ Cupcake mana yang paling "1Malaysia"? jom tengok..
~ Spend a lot of time talking on the phone and need a better plan? You should consider this..
~ Siapa ada terserempak benda ni masa Hari Malaysia?..

15 ulasan:

  1. Wah! Dua2 citer ni nampaknya menarik.. Mestilah kena gi tengok nih.. ^_^

    BalasPadam
  2. mcm best jer 2-2 filem nih..sbb ade johan & zizan

    BalasPadam
  3. mcm best dua2 cita ni....mesti kena tengok hehehe

    BalasPadam
  4. memang sehati sejiwa la. sama2 filem seram. haha.. macam menarik je.

    BalasPadam
  5. mcm boleh pecah perut jerr citer ni...hhe

    BalasPadam
  6. dah masukkan blog awak dlm bloglist =)

    BalasPadam
  7. Hahaha..bukan seram tengok,lawak der...hehehe.

    Tak sabar kak nak tengok filem 2 ni dik..mesti bes..

    BalasPadam
  8. Terujanya nak tengok cerita dua2 tu..
    p/s: Banu ditag...

    BalasPadam
  9. Hohoho.. wa tak perapa suka tengok sangat cerita hantu.. Sebab bukan takut... Sebabnya bila tengok aja kat wayang.. Asyik terkejut aja.. Buat dada wa berombak2... Tu wa x suka.. Huhuhu

    BalasPadam
  10. wah happening...dua-dua pun kuar movie...tp mcm lg teruja plak nk tgk johan punye movie..sbb jarang tgk dia dlm movie..

    BalasPadam
  11. wah......bestnye cerita ni...dari sinopsis best la kan..harap2 betul2 best la kan...hhehehehehe

    BalasPadam
  12. mesti kena tengok nih!!! hubby owh hubbbyyyyy blanje laaa.... hahaha

    BalasPadam
  13. erm..mcm best je.. tapi nur jaranglah tgk wayang..huhuh

    BalasPadam
  14. wahwah. release pun same same ehhh. dah klik 3 link kat bwh entry ni. ;)

    BalasPadam
  15. xbest uh cite Pontianak vs. Orang Minyak tu meski ada Afdlin, Nabil n Johan yang best...hmmm...

    jemput baca review kami tentang filem tu di Kakiwayang.com..hee..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017